Asslm'kum semua.. :)
Petang ni tiba-tiba dalam kepala ni terdetik pula nak buat kelainan dalam blog aku. Dah lama sebenarnya bercadang untuk post new entry berkaitan benda ni tapi baru ni ada masanya. Sedar tak sedar koleksi sajak-sajak aku semakin banyak dalam simpanan aku. Disebabkan aku ni merupakan pelajar aliran kemanusiaan jadi aku memang suka buat sajak, kalau bosan pun aku akan menulis sajak, apa yang aku rasa dalam diri aku biasanya aku akan luahkan dalam bentuk sajak tak pun dalam diari aku je. Perempuan takkan boleh berpisah daripada diari, so tak payah nak nafikan nak pelik-pelik kenapa perempuan mesti ada diari, setiap orang ada kisah hidupnya tersendiri.
*****
SINAR KEJAUHAN
Oleh > Shazarifa
Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu leka dengan pandangan kotak mindanya
Pelbagai terlintas di fikirannya tanpa henti
Hentian yang tiada tahu penghujungnya..
Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu sibuk dengan sejuta pusaran hatinya
Butir-butir bicara hati meniti di setiap celahan bibir
Membuahkan rasa hati yang sebenar walau masih kerdil rasa itu..
Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu berenang bersama mutiara mengalir halus di wajah
Mengenang suasana klasik dan moden bersama tabii manusia
Sehingga terlahir kanvas sinar jarak..
Apa yang terhampir telah menjauh
Terdamparnya corak hidup setiap mereka
Yang kini telah menhembuskan sinar kejauhan hidup Serikandi..
(29/10/2011) SABTU 6:18 PETANG
Ini adalah hasil sajak aku yang pertama. Aku pun tak tahu okay ataupun tidak. Lepas ni mungkin aku dah rajin semula untuk updated blog dan mungkin kelainan yang wujud ni akan kekal. Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada guru sastera aku time aku lower (2010) & upper 6 (2011) dulu yang mencurahkan ilmu tanpa jemu serta terima kasih kepada korang yang rajin sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni. Aku pun masih dalam percubaan dan masih belajar dalam penulisan ni. K lah sampai di sini sahaja bye..
Senyum selalu walau hati tawar bagaimana
sekalipun..Justeru anda akan kelihatan
awet muda.. Hihihi...
burr burr ship sha cikk..!! ;-P

hehehe.. sya.. nice blog! t singgah laa kt website aku;; huhu.. jiwang nyee kau
ReplyDelete