Monday, January 16, 2012

- SAJAK daripada saya -

Asslm'kum semua.. :)
Petang ni tiba-tiba dalam kepala ni terdetik pula nak buat kelainan dalam blog aku. Dah lama sebenarnya bercadang untuk post new entry berkaitan benda ni tapi baru ni ada masanya. Sedar tak sedar koleksi sajak-sajak aku semakin banyak dalam simpanan aku. Disebabkan aku ni merupakan pelajar aliran kemanusiaan jadi aku memang suka buat sajak, kalau bosan pun aku akan menulis sajak, apa yang aku rasa dalam diri aku biasanya aku akan luahkan dalam bentuk sajak tak pun dalam diari aku je. Perempuan takkan boleh berpisah daripada diari, so tak payah nak nafikan nak pelik-pelik kenapa perempuan mesti ada diari, setiap orang ada kisah hidupnya tersendiri.

*****

SINAR KEJAUHAN
Oleh > Shazarifa

Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu leka dengan pandangan kotak mindanya
Pelbagai terlintas di fikirannya tanpa henti
Hentian yang tiada tahu penghujungnya..

Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu sibuk dengan sejuta pusaran hatinya
Butir-butir bicara hati meniti di setiap celahan bibir
Membuahkan rasa hati yang sebenar walau masih kerdil rasa itu..

Dikala yang lain sedang lena mengejar bayangan
Serikandi itu berenang bersama mutiara mengalir halus di wajah
Mengenang suasana klasik dan moden bersama tabii manusia
Sehingga terlahir kanvas sinar jarak..

Apa yang terhampir telah menjauh
Terdamparnya corak hidup setiap mereka
Yang kini telah menhembuskan sinar kejauhan hidup Serikandi..

(29/10/2011) SABTU 6:18 PETANG

Ini adalah hasil sajak aku yang pertama. Aku pun tak tahu okay ataupun tidak. Lepas ni mungkin aku dah rajin semula untuk updated blog dan mungkin kelainan yang wujud ni akan kekal. Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada guru sastera aku time aku lower (2010) & upper 6 (2011) dulu yang mencurahkan ilmu tanpa jemu serta terima kasih kepada korang yang rajin sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni. Aku pun masih dalam percubaan dan masih belajar dalam penulisan ni. K lah sampai di sini sahaja bye..

Senyum selalu walau hati tawar bagaimana
sekalipun..Justeru anda akan kelihatan
awet muda.. Hihihi...

burr burr ship sha cikk..!!  ;-P

..Perlu ke Nak Tunjuk Semua Dengan Apa Yang Dimiliki?..

Asslm'kum.....Selamat pagi semua. 
Hari ni tiba-tiba hati ni terdetik nak bercakap sesuatu yang sering bermain di minda aku dan sering berada di hadapan mata aku.

*****
Kadang-kadang aku jadi hairan dengan manusia di sekeliling aku. Sikap mereka itu. Ada yang jenis suka membangga, riak, takbur, sombong, berlagak dan semua lah. Tapi kali ni aku nak bercakap soal manusia yang jenis suka menunjuk-nunjuk ni. Kadang-kadang aku jadi rimas lihat tingkah mereka ni. Nak tegur, cakap karang tak kena, silap haribulan boleh jadi putus hubungan silaturrahim yang ada.

CONTOH SITUASI
Situasi ni kebanyakannya aku lihat di dalam facebook aku, tak kisah la siapa pun.

1. Tayang bag, baju, seluar, purse. > Apa motifnya tu? Tahu dah..
2. Gadget yang mahal. > Apa motifnya tu? Tahu dah..
3. Snap photo barangan yang pelbagai. > Apa motifnya tu? Tahu dah..

- 1. Bag, baju, seluar, purse yang berjenama, mahal-mahal. Itu ke motifnya? Nak tunjuk konon guna barangan berjenama? Mahal?
- 2. Certain manusia di dalam dunia ni tak mampu nak memiliki apa yang seseorang itu miliki, maybe kita rasa kita mampu so k..But perlu ke nak show semua? Then tell to everyone di mana korang beli.
- 3. Barangan yang pelbagai ni maksud aku semua benda yang dibeli semua nak show kat orang. Macam kita seorang je yang ada.
*****
Okay itu bagi objek. Macam mana pula bagi situasi lain?
Contoh :

1.Snap photo name tag pesakit katil hospital. Alahh..Yang selalu ada kat hujung katil or kepala katil pesakit tu. Orang pasti tertanya-tanya apa motifnya? Nak tunjuk duduk kat hospital mahal? 
2.Snap photo diri sendiri banyak-banyak terutama kalau mereka yang pergi vacation ke overseas ni. Dah tu suruh kita tengok pula. Apa motif? Nak tunjuk dapat pergi vacation jauh-jauh?
3.Gelaran ikhtisas, agama. Memang tak dinafikan sesetengah manusia ni ramai dah yang pergi umrah, haji alhamdulillah....Aku ucapkan, but terselit pula bahagian tepi nama tu Hajah, Haji. Tak payah ubuh pun tak apa, orang tengok gambar pun dah tahu yang kita sudah berjaya menunaikan haji yang mabrur.
4.Snap photo delicious food.Then tag kat orang tanpa caption. What motive? Makan di restoran mahal?

*****
Kesimpulannya, perlu ke kita nak paparkan kepada umum dengan apa yang kita miliki? Tak kisahlah dari segi  objek barangan ataupun dripada segi lain. Mungkin pada diri kita, kita tak rasa apa-apa. Tapi kita kena berfikir secara open, ke hadapan dan logiknya juga bahawa tidak semua manusia mempunyai cara pemikiran yang sama. Senang cakap la, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Setiap orang mempunyai tanggapannya tersendiri. Jauhilah diri kita daripada sikap gemar membangga-bangga dengan apa yang dimiliki. Buangkan lah  rasa riak dan takbur di dalam hati sanubari tu. Nak kata aku cemburu? Yela aku ada. Kau ada? Waahh..Ayat tak boleh bla le..Tak la aku tak cemburu dengan apa yang korang semua miliki but cuba fikir semula relevan dan berfaedah ke dengan tindakan kita tu? Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berderhanalah dalam kehidupan. Seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada, perbetulkanlah niat sebenar kita. Kalau sekadar niat nak menunjuk-nunjuk ketepikan la. Mungkin ada yang menganggap, peduli apa orang nak fikir aku macam mana pun, buat tak tahu sudah, mulut orang memang tak boleh nak tutup. Baguslah berfikiran begitu, tapi kita kena ingat sampai bila kita tak pedulikan orang sedangkan orang pedulikan kita. Bagi aku eloklah ada orang pedulikan kita daripada tiada langsung, apa-apa pun kehidupan ini silaturrahim tu mesti ada. Fikir-fikirkan lah..Ingatan untuk semua dan diri aku juga. Bukan nak bajet alim.
K tata..Asslm'kum.....

Agar hati kita semua setenang
 gambaran di atas..

burr burr ship sha cik..!!  ;-P