Monday, July 23, 2012

-Perfume Collection vs Ubat-ubatan Collection-

Hye you all's.. ^_^

Contoh perfume collection

Semua orang dalam life dia mesti ada sesuatu yang dia buat koleksi. Contohnya koleksi setem duit dari pelbagai negara, koleksi kasut, handbag and macam-macam lah. Termasuk la koleksi minyak wangi ataupun perfume. Biasa kita tengok ramai orang buat koleksi barang-barangan berjenama dan tidak terlalu berjenama kan, tak kira lah apa barang sekalipun baju ke, jam tangan ke. Tapi berbeza dengan opah aku. Nak dijadikan cerita 1 hari tu aku pergi melepak di rumah dia, memang biasa melepak dengan dia sebab dia tinggal seorang waktu siang sebabnya bapa saudara aku yang masih membujang kerja jadi aku ni kira suka-suka teman dia. Tengah duk khusyuk-khusyuk aku study kat atas pangkin dalam rumah dia tu, dia datang daripada tingkat atas dengan bawa satu bag kecil. Dia letak atas pangkin then terus baring tu la cara orang tua berehat relax je aku tengok opah aku hihihi...Lepas tu dia keluarkan something daripada dalam bag yang dia bawa tadi, dia keluarkan ubat then sapu kat bahagian yang dia lenguh. Serta-merta aku pun tarik bag comel dia then keluarkan semua ubat-ubat sapu dia dari dalam bag tu, aku duk belek-belek satu persatu jadi tertarik pula then apa lagi, inilah hasilnya..

Taraa!! Ni la koleksi ubat-ubatan opah aku tersayang
Kotak yang belakang tu abaikan, tu tak muat pun 
dalam bag comel dia,aku terjumpa so snap sekali r..

Inilah antara koleksinya, banyak lagi tapi aku ambil
sikit je. Bag comel dia tu ha warna purple di belakang.
Sticker tiger balm pun dah tertanggal hebat kan..

Okay seriously aku paling suka pic ni sebabnya
ia nampak terlalu unik yang telah dilakukan oleh opah aku
Disebabkan losyen mustajab sudah berkurang
jadi dia gunting bekas asalnya :)

Then jadikan penutup bekas ubat Yuyi sebagai
penutupnya sebab risau losyen tu tumpah..

Apa-apa pun hargailah setiap koleksi yang korang buat walaupun ada orang yang tak suka then mungkin ada yang beranggapan nampak semak dengan semua koleksi tu it's okay at least korang ada hobi korang sendiri then bila perlu dah ada kan.. Tak payah kelam-kabut nak cari kat kedai kan. So jangan pertikaikan kepada sesiapa yang berhampiran korang mula membuat koleksi sesuatu barang okay..?
^_~

Wassalam..

burr burr ship sha cikk.......... :-P








1 comment:

  1. assalamualaikum...ini sebagai teguran...gmbar kat profile blog awk nmpk lengan...serius itu adalah aurat dan sepatutny tidak didedahkn...selagi mana lelaki ajnabi memandang...dosa akan dihitung...maaf klu bahasa sya kasar... x)

    ReplyDelete